Al-Fatihah..Tunku Jalil Pergi Dijemput Illahi..

Bangsa Johor hari ini berdukacita apabila mendapat berita pemergian Tunku Laksamana Johor, Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim yang telah pergi dijemput illahi pada 7.11 petang tadi di Hospital Sultanah Aminah…
5 Julai 1990 – 5 Disember 2015
Al-Fatihah…
Pakaian perkabungan bagi lelaki Islam di Johor adalah songkok yang berlilit kain putih selebar 5.0sm manakala bagi wanita Islam pula adalah dengan memakai tudung putih. Yang bukan beragama Islam pula, mereka boleh mengenakan lilitan kain hitam selebar 7.62sm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam. Tempoh pemakaian perkabungan, adalah selama tujuh hari bermula dari tarikh kemangkatan. Pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan. Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada Almarhum.

ep2p-2