Ahmad Maslan kena 'Serang' bertubi-tubi dalam Twitter

Selepas mencadangkan supaya rakyat dinegara ini melakukan 2 kerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi laman Twitternya menjelaskan beliau sebagai seorang menteri turut melakukan lebih pada 2 kerja untuk mencari rezeki lebih untuk keluarganya.

“Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Ketua Penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja. Berusah gigih cari rezeki yang halal,” petikan dari tweet Ahmad Maslan.

Susulan tweet penjelasan Ahmad Maslan berhubung cara menangani kos sara hidup itu, ramai netizen mula menyebarkan tweet terbabit dengan mengatakan kata-kata negatif.

Biasalah, asal cadangan dari pemimpin Umno majoritinya tidak menyokong dan hanya tahu menghentam… mana ada nak menyokong. Tambah-tambah lagi kalau cadangan itu datang dari Ahmad Maslan. Kena hentam sajalah…

Apa yang paling mencuit hati Andy ialah caption mahupun komen netizen terhadap tweet penjelasan Ahmad Maslan itu adalah, ‘itu bukannya melakukan 2 kerja sebaliknya itu adalah jawatan’.

Hairan betul Andy apabila mereka mengomen begitu…. Otak mereka letak dilutut atau di buku lali??? Dah nama pun kerja dalam sebuah agensi ataupun syarikat mestilah ada jawatan.

Malah, mereka turut mengatakan melakukan 2 kerja itu memenatkan berbanding melakukan 2 kerja sebagai seorang menteri yang dijelaskan Ahmad Maslan. Itulah otak-otak orang kita pada masa kini, kerja nak senang je dan tak mahu penat… Pergi melepak buang masa tak reti pulak erti penat bagai.

Selain itu, amat menyedihkan lagi adalah orang-orang yang menghentam cadangan dan penjelasan Ahmad Maslan itu rata-ratanya umat Melayu.

Rasanya daripada sibuk menghentam dan mencaci menerusi laman sosial, lebih baik gunakan masa tersebut untuk melakukan kerja yang kedua seperti berniaga secara online bagi menampung kos sara hidup.- AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small