Aeril Zafril Tak Menyesal Kahwin Muda

Perkahwinan pasangan Aeril Zafril dan isterinya Wawa Zainal memang pernah menjadi satu kontroversi hangat suatu ketika dulu.. Ini kerana perkahwinan pasangan ini tak didedahkan pada media.. Ramai orang yang tak tahu, dan semasa majlis perkahwinan mereka pun hanya diadakan doa selamat..

Namun, kebahagian setiap perkahwinan bukan bergantung pada besarnya dan mewahnya majlis perkahwinan seseorang.. Majlis kahwin ‘grand-grand’ last sekali dapat berita bercerai pun tak berguna juga..

Wawa dan Aeril mengakui mereka sangat bahagia dan semakin matang bila berumahtangga.. Pasangan ini juga memaklumkan tak pernah menyesal kerana berkahwin awal..

“Kami hanya mengumumkan kisah perkahwinan kami selepas setahun. Bayangkanlah… Memang saya tidak tahu perkara ini menimbulkan banyak kemarahan terutamanya beberapa pihak. Sebab itu saya dan Wawa memilih untuk tidak muncul di khalayak ramai selama beberapa ketika, ini bagi meredakan keadaan”

“Kini sudah empat tahun berlalu. Namun mengingati semula apa yang kami berdua lalui ia bagaikan jenaka pula. Memang kalau ikutkan, selepas setahun bercinta, saya kena yakinkan Wawa bahawa Aeril ini mampu untuk menjaganya”

“Walaupun dia pada mulanya seperti tidak percaya, namun, penerimaannya membuatkan saya lebih yakin untuk membimbing dirinya,” cerita Aeril..

Apapun, Miss A tengok pasangan ini pun dah semakin berjaya dalam perniagaan jubah yang dimilki oleh mereka.. Dalam agama Islam pun galakkan untuk kahwin awal, boleh membuka pintu rezeki.. Mungkin sudah memiliki bisnes yang berjaya antara salah satu rezeki yang diberikan olehNya.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2