Wanita Muda Dituduh Berzina Mati Direjam di Afghanistan

Di Firozkoh,  Afghanistan, seorang wanita muda mati direjam selepas dia dituduh berzina. Media tempatan menyiarkan rakaman video tu yang menunjukkan wanita tu berada di dalam lubang dan dikelilingi lelaki berserban dan melontar batu ke arah dia.

Wanita yang direjam tu dikenali Rokhsahana berusia antara19 dan 21 tahun didengari mengucapkan syahadah berulang kali sambil dia direjam.

Menurut jurucakap Gabenor Ghor Seema Yohenda, dia bagitau yang Rokhsahana ni dipaksa berkahwin tanpa kerelaan dan ditangkap bersama lelaki lain. Lelaki terbabit tu dibebaskan selepas menjalani hukuman sebat.

Dikatakan Seema mengecam kejadian tu dan menggesa Kabul melancarkan operasi tentera di kawasan tu untuk mengusir kumpulan militan kerana kawasan tu dikuasai Taliban..

Hukuman macam ni elok bagi pada pasangan yang suka berzina secara terang-terangan sampai kan suka muatnaik di laman sosial ni hantar aje di disana. Mau kena macam ni menyesal seumur hidup dan taubat tak mau buat lagi! – MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2