Wan Azizah anggap PAS buat "dosa besar" sebab tak mahu jatuhkan Najib.

Umpama satu kesalahan besar dalam seumur hidup, hanya kerana Pas tidak sokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak mahu bersekongkol dengan Pakatan Harapan untuk menolak Bajet 2016.

Perumpamaan ini diberikan oleh Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Dia mendakwa bahawa semua ahli pambangkang perlu menyokong usul tersebut kerana ia dianggap sebagai satu tanggungjawab moral ahli parlimen Malaysia. Mungkin kalau tak sokong berdosa besar kot noh haha!

Hanya gara-gara perdana menteri tidak putus-putus dibebani dengan pelbagai masalah dan skandal, so terus pembangkang ambil kesempatan untuk menggulingkannya. Tidak rasa macam kebudak-budakkan ke perangai parti pembangkang ni?? Macam tak matang je.

“Ini termasuk 1MDB dan derma politik yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri yang membawa kemudaratan kepada negara dan rakyat,” katanya.

Wan Azizah mengeluarkan kenyataan wajib sokong usul undi tidak percaya kerana ianya adalah sebahagian dari tanggungjawab ahli parlimen adalah kerana hendak membidas kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas bahawa Ahli Parlimen Pas akan dikecualikan dalam undian menolak Bajet 2016 dan usul undi tidak percaya.

Mungkin bengang dengan keputusan Presiden Pas itu, Wan Azizah yang tidak mahu mengalah tetap mahu meneruskan agenda mereka tanpa Pas walaupun Pakatan Harapan tahu bahawa agenda mereka ini mungkin tidak akan berjaya tanpa pertolongan parti Islam terbabit.

“Pakatan Harapan tetap dengan pendirian untuk menolak Bajet 2016 dan meneruskan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

“Kedua-dua perkara ini adalah tanggungjawab ahli parlimen yang mewakili rakyat Malaysia,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2