Tumis labu air

 tumis labu air yang sedap diratah begitu saja… kalau mask tumis ni kak rose sukakan kuah yang banyak…. boleh menghirup lepas tu kan… ada kawan2 yang suka meratah sayur cam ni ker?… jom kita tengok resepinya….

Bahan-bahan

  • sebiji kecil labu air (pastikan ia muda) – buang kulit dgn pengupas timun & dipotong dadu.
  • setengah cekak suhun @ so’un
  • semangkuk kecil isi ayam(hiris nipis) @ udang basah
  • 7 biji bawang merah,5 ulas bawang putih & 2cm halia muda – dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 1/2 senduk minyak utk menumis
  • (kak rose tambah carrot )

Cara-cara

  1. panaskn minyak,tumis bahan2 hiris hingga wangi lalu masukkan ayam.goreng hingga ayam layu lalu masukkan 2 mangkuk air.
  2. biar mendidih seketika utk lembutkn ayam pastu masukkan labu air.biar mendidih 3 minit lalu masukkan suhun. masukkan juga serbuk lada hitam. garam & secubit gula.biar mendidih seminit,tutup api dapur & tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
  3. bolehlah dihidang panas @ sejuk..

ep2p-2