Tempe goreng berempah

 jawa dan tempe memang tak boleh dipisahkan… jugak sambal kicap… hehehe… ade ke kawan2 kat sini yang suka makan cam ni? kita sekapal lah ya.. ni la juadah minum petang hari sabtu lepas, tapi nak jugak tepek kat sini…. sendiri punya blog, sendiri masak, sendiri amik gambo… tepek la mana suka kan… asalkan jangan cilok cam yang NI udah ler…. x tau nak kata apa dah!!!!

meh la kak rose sharekan resepi dari hana ni…

Bahan-bahan

  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
  • BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam chili padi (kak rose x tahan pedas… buh 2 biji jer cili api!)
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap manis

Cara-cara

  1. Potong serong tempe nipis2 supaya rangup.
  2. Tumbuk bwg putih n ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Then masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nk goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, Dah panas bleh la goreng hingga kekuningan.
  5. Utk sambal kicap – tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Then masukkan dlm mangkuk dan bubuhlah kicap. Dah siap..bleh cicah ngan tempe goreng td..

ep2p-2