Surirumah meroyan anak hanya dapat 4A dalam UPSR.

Seorang mak dok meluahkan kekecewaan di laman sosial selepas anak dia dapat keputusan peperiksaan 4A tapi yang dia kecewa sangat tu, anak dia ranking nombor 7 dalam kelas dari 45 orang..

Amboi! Mak budak tu tegas sungguh noh! Selepas mak budak tu muatnaik status kekecewaan tu kan, ramai la yang dok bagi komen kata tu dah kira baik la dan bersyukur la keputusan anak dia. Betul tu!

Tapi si mak ni masih dok membebel dan membalas komen kenapa dia kecewa sangat tu.. Ni komen balas dari mak budak tu..

“Hmmm.. yelah tapi still rasa down sebab penat ajar dia sampai aku sanggup berhenti kerja. Previously every year dia dalam ranking top 3. AKu akan tengok dia naik pentas dapat anugerah pelajar cemerlang. Tahun ni, nombor 7 dia bagi aku.

“Dia dah banyak main, tu yang merosot. Jangan bagi dia hadiah , nombor 7 tu bukan bagus. Akak tak puas hati, dia patut boleh score lebih lagi,” mak budak tu.

Nak buat macam mana tahun ni bukan rezeki anak dia dalam ranking top 3, kan?? Si anak tu dah cuba yang terbaik dah, keputusan si anak tu pun baik aje. Mana ada teruknya pun..

Mak budak ni buat cenggini buat anak tu down aje, walaupun kecewa tapi sekurang-kurangnya hargai la usaha anak tu. Bagi la semangat kat anak tu berusaha lebih lagi tahun depan kan.. Jangan bagi tekanan kat anak-anak, nanti jadi kot lain pulak susah nanti! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2