Sanggup rompak kedai emas kerana Ibu Mertua.

Di Suzhou, China, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan mencuri barangan kemas yang dianggarkan bernilai 1 juta yuan…

Rompakan tu berlaku di sebuah kedai barangan kemas di wilayah Sichuan telah mendapat perhatian media. Tau kenapa?? Alasan yang menarik diberikan oleh lelaki tu dikatakan melakukan perbuatan tu sebab nak mendapatkan duit untuk berkahwin. Ye ke ni??

Menurut lelaki tu, dia mendakwa bakal ibu mertua dia minta dia beli rumah dan kereta untuk anak perempuan dia sebelum diorang kawen.

Disebabkan dia tak mampu tercetuslah idea dia nak dapatkan duit dengan cara mudah. Dia sanggup pi merompak semata-mata nak penuhi permintaan mak mentua dan nak kawen gak dengan bakal isteri dia.

Demi cinta, orang sanggup buat apa-apa pun untuk memiliki orang tersayang tapi tu la nasib dia malang sebab kena tahan dengan polis selepas CCTV rakam perbuatan dia dalam kedai tu.

Rasanya bakal mak mertua tu dapat tau lelaki tu kena tangkap dan dihukum penjara selama 12 tahun pulak, tu mesti reject terus dan cari calon memantu lain dah. Mau menangis tak berlagu lelaki tu dalam penjara kempunan nak berkahwin.. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small