Roti jala yg kekal lembut

 bila lama tak menjala, sesekali teringin jugak nak makan… asik buat yang kaler maler tu, kali ni kak rose yang buat old school style punya, guna acuan lama yang banyak muncung tu… tapi yang tak bestnya, banyak sangat batter yang menjejeh sana sini…maklumlah keras tangan. guna resepi dari Azie Kitchen ni, sangatlah lembut walaupun dah terbiar lama…. kak rose buat untuk minum petang dan menjelang esok pagi yang berbaki tu pun masih lembut… boleh jadi keeper resepi nih. mekasih Azie yang kongsikan resepi roti jala yang kekal lembut ni..

 resepi terbaik dari Azie Kitchen…

Roti Jala

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

3 cawan tepung gandum

2 1/2 sudu besar minyak masak

1 sudu kecil garam

1 biji telur

3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)

Sedikit pewarna kuning
 
  kari ayam leftover untuk cicih dengan roti jala…. best!
 
Cara-cara:

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.


Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.


Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak.

ep2p-5small