RM 2.6 billion jadi punca DAP serang MCA

Pemimpin DAP beralih angin apabila mula menyerang MCA dengan mengatakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menerima dana parti daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui wang derma RM2.6 bilion.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pemimpin MCA menerima sebahagian wang derma yang diterima oleh Najib kerana tidak mempersoalkan dari mana wang yang diterima Perdana Menteri itu.

“Adakah ia juga telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi pemimpin MCA atau ia telah masuk ke akaun rasmi parti MCA? Jika ia masuk ke akaun peribadi akaun siapa yang telah menerima dana tersebut,” kata Lim.

Oleh itu, beliau memberi amaran kepada pemimpin MCA supaya bangkit mempersoalkan daripada mana Perdana Menteri memperolehi wang RM2.6 bilion tersebut, jika tidak beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat akaun parti serta pemimpin MCA.

Selain itu, Lim juga mahu tahu ke mana hala tuju perbelanjaan parti Cina komponen BN itu di belanjakan.

“Jika tidak, saya kan membuat laporan kepada SPRM supaya akaun parti MCA atau akaun peribadi pemimpin-pemimpinnya disiasat. Saya juga teringin mahu tahu ke mana perginya dana yang telah didermakan kepada MCA itu?” katanya.

Amboi… sibuk je nak tahu pasal dana parti orang…. ke mana perbelanjaan dana parti dibelanjakan. Kenapa DAP nak tahu sangat pasal dana parti lain?? Kenapa DAP tidak tunjuk dimana perbelanjaan parti DAP dibelanjakan dan dimana DAP mendapat dana untuk parti sendiri??

Yang tak tahan siap ugut nak wat ‘report’ kalau pemimpin MCA tak dapat mengesahkan daripada mana Najib mendapat dana RM2.6 bilion. Pemimpin DAP ini memang bodoh atau apa?? Najib sendiri dah bagitau dana tu diberi kepadanya oleh seseorang dari negara Timur Tengah…. nak pengesahan tara mana lagi.- Utaranews.com

ep2p-2