Rafizi rela jadi macai DAP berdebat dengan Arul Kanda.

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dipilih sebagai pengganti Tony Pua untuk berhadapan dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Mengapa Rafizi dipilih menggantikan Pua?? Adakah PH tidak mempunyai pemimpin lain yang mampu menggantikan Pua?? Dimana pemimpin DAP yang sebelum ini lantang bersuara tetapi ‘kecut’ untuk menggantikan tempat Pua??

Mengapa kedudukan Pua untuk mencabar Arul tidak digantikan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahupun Ahli Parlimen Seputeh Terresa Kok??

Andy tidak menolak kemungkinan besar Rafizi dipilih untuk menggantikan Pua berdasarkan bakatnya yang pandai memutar-belitkan fakta-fakta seperti yang beliau lakukan sebelum ini.

Perkara ini terbukti apabila Rafizi yang kononnya menjadi tukang kira kepada rakyat berhubung isu harga minyak dan sistem cukai GST mengeluarkan fakta bercanggah yang disertakan dengan kiraan tidak masuk akal.

Adakah dengan tindakan beliau yang mengelirukan rakyat berhubung isu tersebut, rafizi dipilih untuk mengelirukan pula rakyat mengenai isu 1MDB?? Bukan apa, nanti takut Rafizi membuat kiraan salah terhadap akaun 1MDB seperti mana beliau membuat kiraan salah terhadap harga minyak dan GST yang akan memburukkan lagi imej beliau sebagai seorang pemimpin PKR.

Selain itu, Andy juga tidak menolak kemungkinan Rafizi dipilih kerana PKR dan Amanah memang merupakan macai kepada DAP.  Kita dapat lihat banyak isu yang ditimbulkan oleh DAP, tetapi diselamatkan oleh parti sekutunya itu.

Mujurlah Pas tidak bersama gabungan parti pembangkang itu, jika tidak pasti Pas menjadi mangsa pengganti Pua untuk dimalukan dihadapan seluruh rakyat di negara ini.

Apa yang Andy boleh katakan, tindakan Rafizi menerima tawaran sebagai pengganti Pua amat memalukan, kerana cabaran untuk itu dilakukan sendiri oleh Pua yang pengecut dan bukannya dilakukan oleh Arul. Ini juga membuktikan bahawa PKR mahupun Amanah merupakan kaldai DAP dalam sesuatu isu.

Kalau diikutkan syarat cabaran, Rafizi tidak layak untuk berdebat dengan Arul kerana cabaran untuk berdebat dibuat oleh Pua dan Pua harus berdepan cabarannya itu sendiri.- AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small