Pelik bin Ajaib!! Kenapa Anwar sanggup pertahankan Mahathir?

Tiada angin tiada ribut… Entah kenapa  Bekas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat beriya-iya nak mempertahankan Bekas Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad dari sebarang ancaman oleh pihak berkuasa. Pelik binti hairan bukan??

Mungkin ada udang disebalik batu, iyela kalau tidak masakan si Anwar ni bersungguh-sungguh nak back up Mahathir dari dalam penjara tu. Mungkin sekarang ni tolong back up, lepas tu bodek pulak Mahathir supaya cari jalan untuk keluarkan dia dari sekolah besi Sungai Buloh tu, yedok??

Tak kan pulak Anwar nak tolong orang yang pernah sumbat dia ke penjara melalui Akta ISA yang sekarang ni telah dibubarkan pada suatu ketika dahulu. Mesti la idok kan! Macam tak logic sangat! Sudah la sumbat ke penjara, tak kan baik hati pulak nak tolong kalau takde ganjaran huhuuu…

Kenyataan Anwar yang disampaikan melalui penguamnya itu menyuruh supaya menghentikan sebarang ganguan terhadap Mahathir dengan segera. Ini merujuk kepada siasatan yang dijalankan pihak polis ke atas bekas perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun mengenai kelantangannya mengkritik kerajaan.

Kononnya kata banduan tersebut, Mahathir tidak melakukan sebarang jenayah dan tak salah jika dia menyoal mengenai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jika begini caranya Tun Dr Mahathir dilayan, hak demokratik rakyat Malaysia untuk menyoal dan mengkritik kerajaan berada dalam bahaya,” petik kenyataan Anwar yang disampai melalui penguamnya.

Soal apanya kalau soalan yang dikeluarkan oleh Mahathir itu sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan menghasut rakyat, itu sudah dikira sebagai satu kesalahan. Alah apa susah, nanti kalau Mahathir didapati bersalah, korang kawan jela dua orang kat dalam sekolah besi tu huhuhuu…-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small