PAS dan UMNO akan menyatukan semula umat melayu demi Islam.

Pas Terengganu menyifatkan usaha Pas untuk berkerjasama dengan Umno bagi menyatukan semula umat Melayu di negara ini selepas penubuhan beberapa parti Melayu yang menyebabkan perpecahan.

Menurut Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Pas mengambil langkah untuk bekerjasama selepas menyedari penyatuan umat Melayu semakin lemah ekoran penubuhan beberapa parti Melayu.

Amzad berkata, Pas mengambil pendekatan konstruktid untuk membina hubungan dengan Umno bagi menghalang niat ‘orang luar’ yang mahu melihat umat Melayu berpecah di negara ini selepas mereka berjaya memecahkan satu pihak Melayu itu..

Katanya, jika Pas tidak mengambil pendekatan ini, maka umat Melayu di negara ini akan terus berpecah dan ‘orang luar’ itu akan mengambil kesempatan terhadap umat Melayu yang merupakan pemilik asal negara ini.

“Perbalahan sesama umat Islam perlu diselesaikan dengan pendekatan konstruktid, bukannya meneruskan dasar destruktif Pas sebelum ini.

“Memang betul ada peruahan pendekatan Pas dengan Umno. Ia konsisten dengan pendekatan pemimpin tertinggi Pas termasuk Presiden dan Mursyidul Am Pas. Pendekatan yang merapatkan umat ini akan menggagalkan anasir yang mahu beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah,” kata Amzad.

Apa yang diperkatakan oleh Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu mengenai niat ‘orang luar’ untuk melihat kaum melayu berpecah adalah benar… Kita dapat melihat sendiri ‘orang luar’ itu giat memecah belahkan umat Melayu sehingga menggesa umat Melayu yang setia kepada parti luar itu supaya menubuhkan parti baharu.

Jadi, tindakan Pas mahu menjalinkan kerjasama dengan Umno adalah tindakan tepat bagi mengembalikan penyatuan umat Melayu di negara ini dan terus mempertahankan hak orang Melayu di negara ini daripada dicabuli oleh ‘orang luar’.- Utaranews.com

ep2p-5small