"Palestin, tolonglah beri kemenangan pada skuad bolasepak Malaysia.." – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada skuad bola sepak Malaysia yang akan menentang Palestin dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 12 November ini di Palestin.

Najib berkata, beliau mahu skuad Harimau Malaya bangkit pada perlawanan Palestin dan memastikan kemenangan berpihak skuad pasukan bola sepak negara.

Tambah Najib, beliau tidak mahu lagi skuad Harimau Malaya dimalukan seperti ketika menentang Emeriah Arab Bersatu (UAE) dengan jumlah jaringan yang besar.

Oleh demikian, beliau mahu skuad Harimau Malaya bermain bersungguh-sungguh pada 12 November nanti dan memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.

“Kita kalah 10-0 kepada UAE, ia sangat memalukan. Saya harap kami tidak tewas seperti itu lagi.

“Selain itu, tolong beri Malaysia menang dalam Palestin. Kita akan menentang Palestin nanti,” kata Najib.

Najib ketika ditemui pemberita secara berseloroh berkata, jika skuad Harimau Malaya tidak dapat memastikan kemenangan berpihak kepada negara, beliau akan merayu kepada Palestin agar memberi kemenangan kepada skuad Harimau Malaya ketika menentang di Palestin nanti.

Dengan kata-kata seloroh Najib akan merayu kepada Palestin membuatkan orang di sekeliling tertawa.

Sebelum ini, Najib mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Selatan (JDT) yang telah mengharumkan nama negara dengan menjuari perlawanan piala AFC 2015 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Dalam masa sama, Najib berharap skuad Harimau Malaya dapat mengikut langkah pasukan JDT yang telah mengharumkan nama negara dengan memastikan kemenangan berpihak kepada negara dalam setiap perlawanan yang ditandingi.- Utaranews.com

ep2p-5small