Nurul Izzah kini dibenci oleh majoriti rakyat Sabah.

Bak kata pepatah, kerana nilai setitik rosak susu sebelanga. Itulah situasi yang bakal dihadapi oleh parti PKR hanya kerana tindakan bodoh anak emas parti tersebut, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Semuanya bermula apabila satu agenda pertemuan yang diatur oleh Ahli Parlimen Kawasan Batu, Tian Chua, terhadap Nurul Izzah dan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram. Disebabkan tindakan bodoh tersebut, Nurul Izzah dibenci oleh rakyat Sabah. Tidak terhenti disitu sahaja, parti PKR juga berkemungkinan akan diboikot oleh rakyat Sabah.

Nampak gayanya usaha PKR untuk melebarkan pengaruh mereka di Sabah semakin kabur dan mungkin terpaksa dikuburkan. Yela siapa nak sokong kalau ahli PKR sendiri mengguris hati rakyat Sabah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin berkata tindakan tidak sensitif tersebut bukan sahaja mengguris dan melukakan hati rakyat Sabah, bahkan itu dianggap sebagai satu penghinaan terhadap jasa anggita pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

“Dalam kes ini, saya melihat kedua-dua mereka sebenarnya telah melakukan satu perbuatan yang sangat-sangat tidak sensitif terhadap rakyat Sabah, terutamanya kepada mangsa pencerobohan dan juga waris anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran.

“Saya tak pasti apa tindakan yang boleh diguna pakai tetapi saya rasa lebih baik rakyat Sabah yang menentukannya dari segi sokongan mereka … PKR pada asasnya telah mengucapkan salam perpisahan kepada sokongan banyak rakyat Sabah,” katanya.

Khairy turut mempersoalkan apakah motif disebalik pertemuan yang kononnya tidak disengajakan itu, iyela kalau pun terserempak tak kan sehingga ‘terpaksa’ berselfie?? Setakat bergambar ‘terpaksa’ sambil pegang poster ‘Bebaskan Anwar’ masih boleh diterima akal. Tetapi berselfie tue yang tak boleh terima.

Nampak sangat yang Nurul Izzah tidak cuba untuk mengelak dari berjumpa dengan anak pengganas tersebut, sebab nampak macam suka je jumpa dengan Jacel tu.

“Kalau kita terserempak dengan orang dan kita tidak sempat nak elak dan gambar terserempak dengan seseorang individu itu diambil gambar, saya rasa ia boleh dimaafkan lagi tetapi apabila siap berselfie … saya fikir itu melukakan perasaan ramai pihak,” tegas Khairy.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2