Netizen kutuk penyebaran video arwah Yus Jambu yg telah dikapankan.

Al-fatihah buat arwah Yus Jambu yang telah ke rahmatullah.. Sesungguhnya pemergian arwah sangat mengejutkan peminat industri hiburan tanah air.. Miss A dapat tahu pemergian Yus pun pagi tadi.. Memang agak terkejut, sebab tak tahu pulak dia ada sakit apa-apa, tiba-tiba mendapat berita kematiannya..

Allahyarham banyak menggembirakan dan membuat ramai orang tersenyum dengan gelagat dan lawaknya.. Namanya mula dikenali ramai bila menjuarai program Raja Lawak dan menjadi popular selepas gandingannya dengan Tauke dalam kumpulan Jambu di program Maharaja Lawak..

Untuk hari ini saja, kalau kita tengok dalam laman sosial.. Ramai media dan netizen yang memuatnaik gambar-gambar Allahyarham.. Terbaru, tersebar video dan gambar arwah dalam keadaan telah dikapankan membuatkan netizen kurang senang..

Video dan gambar wajah arwah masih berkapan menjadi tatapan umum.. Rata-rata netizen merasakan perkara seperti itu tak patut dilakukan.. Cukup sekadar kita menatap gambar dan video sewaktu arwah masih hidup..

Kenapa sampai perlu ambik video dan gambar arwah dalam keadaan seperti itu.. Takkan tak tahu adap, bila Miss A tengok video tu.. Memang ramai orang yang dok ambil gambar dan video.. Kenapa perlu nak buat begitu?

Bak kata salah seorang netizen, dah hilang peradaban manusia.. Sampai hilang tertib saat melawat jenazah.. Sama-samalah kita hormat emosi keluarga dan kawan-kawan terdekat arwab.. Tak payah la dok sebarkan lagi gambar dan video itu.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small