Najib jadi punca Guan Eng tak naik gaji sebagai Ketua Menteri

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membawa usul kenaikan gaji anggota exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Pulau Pinang memaklumkan, gaji beliau sebagai Ketua Menteri masih kekal dan merupakan gaji Ketua Menteri atau Menteri Besar paling rendah di negara ini.

Guan Eng berkata, kenaikan gaji anggota Exco dan Adun itu dibuat berdasarkan kos sara hidup kini yang semakin singkat, tetapi kenaikan itu tidak melibatkan gaji beliau sebagai Ketua Menteri.

Tambah Guan Eng, gaji beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dinaikkan kerana mengikut kenaikan gaji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak dinaikkan.

Katanya, jika gaji Perdana Menteri dinaikkan barulah gaji beliau sebagai Ketua Menteri dinaikkan, namun kenaikkan gaji Ketua Menteri itu tetap yang terendah di antara Ketua-ketua Menteri dan Menteri Besar.

“Kami sedar bahawa masa tidak begitu sesuai, tetapi kami perlu lakukannya kerana kos sara hidup meningkat. Tetapi sebab utama kenaikan gaji ialah kita melakukannya sejajar dengan Selangpr pada 2013 dan negeri maju yang lain seperti Sarawak,” kata Guan Eng.

Hmm.. Gaji sebagai Ketua Menteri je yang tak naik.. tapi gaji Adun semua naik mencanak. Jadi tak perlu nak tunjuk diri tu kononnya zuhud sangat sebab orang pun tahu gaji Adun diterima oleh Guan Eng kerana kerusi Adun Air Putih milik beliau.

Bab nak kencing orang kampung nombor satu Guan Eng ni.. pastu gaji Ketua Menteri tak naik nak sabitkan dengan gaji Perdana Menteri tak naik. Kalau nak naikkan gaji Ketua Menteri tu naikkan saja, tak payah nak calitkan tahi kat orang lain.

Gaji Adun dan Exco negeri naikkan gila-gila, pastu cakap kos sara hidup tinggi la bagai. Habis rakyat biasa ni tak tersepit dengan kos sara hidup tinggi ke yang naikkan gaji Adun dan Exco je???- Utaranews.com

ep2p-2