Najib akan beri keterangan pada SPRM dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan memaklumkan beliau akan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi membolehkan suruhanjaya itu membuat menyiapkan siasatan berhubung sumbangan dana politik yang diterima dari negara Timur Tengah.

Najib berkata, beliau dimaklumkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan tersebut.

Atas makluman tersebut, Najib memberitahu beliau akan memberi makumat dalam masa terdekat ini bagi memudahkan SPRM melakukan siasatan dan mengharap dakwaaan bahawa beliau menerima rasuah itu dapat diselesaikan dengan segera.

Jelas Najib, dengan dana politik yang diterimanya telah menimbulkan fitnah dan tuduhan liar yang mencemarkan imejnya sebagai perdana menteri, oleh itu bagi menyelesaikan perkara itu Najib akan memberi keterangan dan kerjasama penuh terhadapa SPRM.

Selain itu, Najib berharap SPRM dapat menjalankan tugas dengan amanah bagi membersihkan segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tertentu kepada dirinya atas dana politik yang diterima sebelum ini.

“Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut. Saya akan memberi kerjasama dengan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin,” kata Najib.

Diharap dengan kenyataan daripada Najib untuk memberi kerjasama berhubung dakwaan dana politik RM2.6 bilion yang diterima tidak menjadi isu kepada pemimpim pembangkang untuk menghasut rakyat.

Selain itu, pemimpin pembangkang diharap dapat bersabar sehingga SPRM dapat mengambil keterangan daripada pada Najib dalam masa terdekat ini dan akan menyelesaikan siasatan terhadap dana RM2.6 bilion sebelum hujung tahun in.

Jadi, tiada apa yang perlu dikhuatirkan kerana Najib sendiri memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh berhubung dakwaan dana politik yang diterimanya.- Utaranews.com

ep2p-5small