Mukhriz nak cari simpati PAS di Kedah?

Mungkin Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir nak pujuk balik perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas puas menghentam. Sebab itu la Mukhriz bertindak mahu memulihkan semula hubungan Umno dengan PAS seperti suatu ketika dahulu.

Persoalannya mampukah Mukhriz untuk mewujudkan kembali kerjasama diantara PAS dan Umno selepas beberapa persengketaan yang berlaku dahulu? Mungkin dengan cara ni Mukhriz fikir dia boleh ambil balik hati perdana menteri haha!

Jika hubungan diantara dua parti tersebut pulih semula, bonus lah bagi Mukhriz. Perkara tersebut juga tidak mustahil berlaku kerana sekarang PAS dilihat sedang terumbang ambing akibat dari pepecahan yang berlaku dalam parti.

Menteri besar dan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu juga melihat bahawa tindakan pengkianat-pengkianat melompat ke parti Amanah telah membuka ruang kepada Umno untuk membaik pulih hubungan dan membina semula titik persefahaman dalam parti Islam itu.

“Saya selalu sebut  antara Umno dengan PAS ini begitu banyak sekali persamaan berbanding dengan perbezaan, (tetapi) malangnya, biasalah manusia yang perbezaan itulah kita ungkit, tetapi persamaan yang begitu banyak itu kita tidak sebut,” katanya.

Mukhriz juga tidak menolak cadangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mahukan penubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (Mui) dan bakal dianggotai Umno dan PAS. Serta pertubuhan bukan kerajaan yang lain asalkan mereka memperjuangkan Melayu dan agama Islam.

Dengan kerjasama tersebut mungkin peluang untuk Umno dan PAS bekerjasama semula dilihat lebih cerah berbanding sebelumnya. –TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2