Mengejutkan Pengakuan Mas Khan Bongkar Kisah Silam Bersama Lana Nodin

mas-khan-bongkar-kisah-silam-bersama-lan
Nama Mas Hidzhir Khan atau lebih dikenali sebagai Mas Khan bukanlah nama yang asing dalam industri hiburan tanah air. Namun mungkin ada dalam kalangan peminat yang masih tidak mengenali kemunculan beliau. Untuk pengetahuan, Mas Khan antara pelakon yang membintangi drama bersiri Gerak Khas TV2.
Pelakon yang kini semakin meningkat naik mendedahkan beliau pernah terjebak dengan cinta lokasi bersama pelakon seksi Lana Nodin. Mengulas lebih lanjut, Mas Khan yang digandingkan dengan Lana Nodin memberitahu Lana Nodin sangat berlagak pada awal pertemuan mereka sekitar tahun lalu.
mas-khan-bongkar-kisah-silam-bersama-lan
Kali pertama bertemu ketika sesi bacaan skrip filem berkenaan, pelakon berbadan sasa berusia 21 tahun itu menjelaskan lagak Lana yang sedikit kekwat atau sombong mula membuatnya gementar.
Lalu hasil inisiatif pengarah yang mahu mewujudkan keserasian mereka berdua, dua pelakon itu pernah terjebak dengan cinta lokasi namun tidak berpanjangan. Difahamkan hubungan mereka hanya bertahan enam bulan. Lana juga sedang bahagia melewati fasa indah bersama suami, Mohd Daud Mckienzie.
Memang awal jumpa, dia (Lana) memang tak mahu borak dengan saya. Biasalah. Saya pula artis baru. Tapi akhirnya kami jadi akrab. Atas usaha pengarah yang mahu kami cipta keserasian, daripada situ kami kerap keluar bersama dan jadi rapat selepas seminggu terbabit dalam penggambaran.
Cuma selepas itu, kami bawa haluan masing masing. Kisah lama itu biarlah berlalu. Baru-baru ini, kami ada bertemu balik kerana menjayakan sesi fotografi yang diaturkan untuk mempromosi filem ini. Saya tumpang bahagia dengan rumah tangganya, kata Mas Khan yang sudah dua tahun berkecimpung dalam arena seni.
mas-khan-bongkar-kisah-silam-bersama-lan
Menerusi filem romantik thriller itu, Mas Khan kali pertama membawakan watak utama. Biasan juga menjadi percaturan pertamanya melangkah ke layar perak. Sebelum ini, Mas Khan pernah berlakon drama Gerak Khas, Eksperimen Cinta dan Kasih.
Selain menyanyi dan berlakon, Mas Khan juga menjadi pengacara. Ketika ini dia sedang terbabit melunaskan baki penggambaran program Eskpresi Eko sebanyak 13 episod untuk RTM. Dia juga akan ke lokasi filem Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof tak lama lagi.
Sumber: mewarnaimu9

ep2p-5small