Mahfuz kecewa dengan "perangai budak-budak" wakil pembangkang di Parlimen.

Majlis Perwakilan Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan ahli-ahli pemimpin parti pembangkang dengan mendakwa bahawa mereka gemar untuk menyampaikan maklumat yang tidak tepat dan bercanggah dengan fakta sebenar.

Terutama sekali berhubung isu-isu yang dibahaskan di Parlimen tempoh hari. Ahli-ahli pembangkang lebih gemar mengeluarkan kenyataan berbentuk pendapat tanpa melakukan apa-apa penyelidikan terlebih dahulu.

Dalam erti kata lain “cakap ikut sedap mulut”, oleh disebabkan tindakan mereka yang mengeluarkan kenyataan tanpa isi berguna, Mahfuz memesan kepada ahli parlimen pembangkang supaya adalah lebih afdal jika mereka duduk diam dan bersikap lebih terbuka agar rakyat tidak celaru dengan mesej celaru mereka itu.

“Apa yang penting dalam Parlimen. Pembangkang harus memberi mesej yang betul dan tepat kepada rakyat.

“Pembangkang hari ini telah memberikan mesej yang bercelaru kepada rakyat.

“Ini tak mustahil akan menyebabkan rakyat give up dengan politik parti-parti pembangkang khususnya… untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sementara itu, Mahfuz juga turut melahirkan rasa kekecewaan terhadap kepimpinan parti pembangkang. Ini kerana mereka dilihat asyik berperang sesama sendiri daripada musuh sebenar mereka iaitu Umno. Hal ini membuktikan bahawa kepimpinan mereka semakin lemah dan terumbang ambing.

“Rakyat yang harap pembangkang ambil alih Putrajaya tak mahu melihat pertembungan sama sendiri, sudah tentu mereka lihat BN juga akan menang.” Tegas Mahfuz.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small