Mahathir songlap duit lebih banyak dari hutang 1MDB

Ahli G25, Tawfik Ismail hari mendedahkan langkah jahat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mengatakan bekas perdana menteri itu sendiri tidak menyedari kesalahannya menyonglap wang lebih dari nilai hutang syarikat 1MDB dan derma yang diterima Najib.

Tawfik berkata, Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengaannya antara bulan Mac dan April lalu bagi mendapat sokongan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri, namun ditolak kerana alasan yang digunakan tidak menggambarkan Najib seperti itu.

Jelas Tawfik, beliau tahu Najib tidak seperti yang dikatakan Mahathir, sebaliknya beliau percaya perkara itu terjadi sekiranya Mahathir masih memegang jawatan perdana menteri kini.

Disebabkan itu, Tawfik menolak tawaran yang dilakukan Mahathir kerana ia melihat alasan tersebut sebagai berniat jahat kerana pada ketika Mahathir menjadi perdana menteri, Mahathir sendiri pernah menghilangkan wang melebih jumlah hutang RM42 bilion 1MDB.

“Mahathir cakap lagi tentang wang yang didakwa hilang dalam 1MDB. Bagaimanapun, saya  beritahu dia, jika kita menoleh kembali nilai semasa apa yang Mahathir hilangkan semasa menjadi perdana menteri, saya yakin jumlah wang itu lebih besar daripada apa yang didakwa hilang dalam 1MDB.

“Mahathir terdiam selepas itu,” kata Anak kepada Tun Dr Ismail itu.

Ramai yang sudah tahu mengenai kegiatan Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan perbuatan beliau itu ditutup sendiri oleh beliau dengan menyingkirkan orang-orang kanannya serta mengubal beberapa peraturan di negara ini.

Kini, dengan lakonannya yang kononnya beliau merupakan perdana menteri ‘clean’ cuba memburukkan imej perdana menteri dengan mendakwa dan sanggup bersekongkol dengan media luar negara bahawa Najib telah menghilangkan duit negara dengan satu jumlah yang besar.

Namun cubaan beliau itu gagal sehingga baru-baru ini beliau terpaksa mencadangkan sebuah majlis dibentuk agar perdana menteri dapat dikawal oleh anggota majlis tersebut yang dianggotai oleh orang yang lebih berumur.

Tawfik yang menyentuh mengenai cadangan Mahathir untuk menubuhkan sebuah majlis yang dianggotai orang yang lebih berumur bagi membimbing perdanaa menteri menyifatkan cadangan itu sebagai satu kepentingan peribadi bekas perdana menteri itu.

Tawfik berkata, Mahathir memberi cadangan tersebut kerana beliau mempunyai agenda politik peribadi dan taksub untuk menyingkirkan pemimpin yang tidak disukainya..

Perbincangan itu dipengaruhi dengan ketaksubannnya untuk menyingkirkan Najib. Secara peribadi saya rasa mungkin Dr Mahathir adalah seseorang yang mahu melakukan sesuatu mengikut caranya. Dia mahu kembali berkuasa,” katanya.- Utaranews.com

ep2p-5small