Mahathir memang sesuai jadi pelawak.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lebih sesuai menjadi seorang pelawak daripada menjadi seorang menteri yang memerintah negara atau ahli politik. Ini kerana tindakannya yang tidak habis-habis mengkritik syarikat perlaburan negara 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dilihat sebagai satu perkara yang kelakar.

Mana tidaknya, sedangkan segala bukti dan fakta benar telah dibongkar satu persatu hingga terbukti siap yang benar dan siapa yang salah, akan tetapi Dr. Mahathir masih lagi belum dapat menerima kenyataan tersebut dan terus menerus menyalahkan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai krisis syarikat sarat hutang itu.

Turut berpendapat bahawa Dr. Mahathir sepatutnya menghentikan kritikan demi kritikan tersebut adalah Presiden PPP, Tan Sri M Kayveas. Yela semua orang sudah jemu dengan sandiwara murahan Dr. Mahathir yang laparkan perhatian. Mungkin tak cukup kasih sayang agaknya sebab tu dia cuba dapatkan perhatian dengan cara ini.

“Mahathir perlu tahu apa yang patut dilakukan.”

“Semua orang mula berhenti apabila fakta dan kebenaran (mengenai 1MDB) mula keluar satu per satu.

“Saya tidak fikir mereka boleh berbuat apa-apa. Jika mereka terus mengkritik, akhirnya mereka akan kelihatan seperti pelawak,” katanya.

Sepatutnya Dr. Mahathir dan konco-konconya yang tak habis-habis mengkritik tue patut mula untuk belajar menerima kenyataan bahawa mereka salah menilai. Mereka patut sedar bahawa tindakan mereka ini bukan sahaja menunjukkan bahawa mereka ini bagaikan “pak lawak” tapi sebagai sekumpulan manusia yang menghuru harakan negara.

“Mereka harus bersyukur terhadap negara, bukannya mengkritik negara 24 jam (sehari) sepanjang tempoh lima tahun selepas pilihan raya umum (ke-13),” katanya.- TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2