Mahathir bakal jadi Pelawak Tua dihujung Usia..

Memang tak syak lagi Mahathir bakal jadi pelawak tua kalau terus buat perangai nyanyuk dok serang kerajaan macam yang dia buat sekarang.. Perkara ni turut diakui oleh Presiden PPP, M Kayveas.

Mahathir bukannya tak sedar dia cuma berpolitik untuk pastikan anak dia serta kroni berkuasa penuh dalam negara. Tapi Mahathir sengaja menghasut rakyat dengan tuduhan terhadap PM tanpa sebarang bukti.

Mula-mula Mahathir meroyan pasal pembunuhan Altantuya.. Kononnya Sirul dipergunakan oleh Najib untuk tutup skandal terbesar didalam negara. Lepas tu diam bila Sirul sendiri lari ke Australia dan tak keluarkan apa-apa kenyataan.

Mahathir belasah pula pasal Rosmah yang dikatakan berbelanja mewah diluar negara dan habiskan duit rakyat kononnya. Bila rakyat pertikai balik kekayaan anak-anak dan kroni Mahathir, terus orang tua tu diam membisu.

Tak habis disitu, Mahathir guna segala macai dia untuk burukkan pulak pentadbiran Najib kononnya songlap duit rakyat melalui 1MDB. Yang lawaknya, Mahathir langsung tak keluarkan bukti bila dia tuduh macam-macam.

Tambah lawak lagi, bila Najib atau CEO 1MDB jawab pasal tuduhan Mahathir, orang tua tu konar pulak suruh jawab benda-benda lain.. Dia dok pusing-pusing kat situ tak habis-habis walau berbuih orang jawab soalan dia.

Bila rakyat desak suruh Mahathir buat laporan Polis atau SPRM dan kemukakan bukti pasal dakwaan dia terhadap Najib, Mahathir tak pulak berani.. Kalau betul ada bukti, takkan Mahathir nak diam betul tak? Nampak sangat Mahathir buat tuduhan melulu demi agenda politik peribadi dia..

Sekarang rakyat dah makin nampak.., yang nak hancurkan ketenteraman negara bukanlah Najib.., tapi Mahathir sebenarnya demi perjuangan peribadi menyelamatkan kroni. Mahathir dah lupa yang dia bukan lagi Perdana Menteri..

So…, elok Mahathir bersara dari jadi manusia yang tak sedar diri.. Generasi muda mungkin akan kenang jasa Mahathir selama 20 tahun dia makan gaji sebagai Perdana Menteri dulu.. Tapi kalau berterusan meroyan tuduh semua orang tak betul, Mahathir akan dikenang sebagai orang tua nyanyuk yang buat lawak di penghujung usia. – Big B/Utaranews.com

ep2p-2