Lelaki terima padah kerana buka mulut hendak kahwin lain.

Di Kaherah, Mesir, seorang wanita menjadi pembunuh selepas dia hilang kewarasan apabila suami dia bagitau nak kawen lain. Dasyat! Tu baru bagitau nak kawen lain, kalau dah kawen baru nak bagitau tu tak tau apa yang dasyat lagi berlaku noh..

Mangsa yang dikenali Yusri, 50 bagitau isteri dia yang dikenali Nima, 41 nak kawen dengan seorang gadis yang lebih muda pulak dari Nima. Sebelum kejadian tragis tu, diorang bertengkar sehabisan-habisan.

Dek kerana Nima tak dapat nak kawal marah dan hilang kewarasan bertindak menikam suami dia menggunakan objek tajam di kepala. Huh, kejamnya! Tu sebab kalau ada barang tajam kat rumah tu simpan ditempat tersembunyi sikit ye..

Takut nanti gaduh sakan lepas tu hilang kewarasan macam Nima ni susah pulak. Tak pasai kena meringkuk dalam penjara pulak bertahun-tahun..

Menurut sumber, Nima ni tak dapat nak terima kenyataan selepas suami dia nak kawen lain kerana dia dah berkorban selama 28 tahun dengan bekerja di merata tempat untuk membantu suami dia dan sara keluarga.

Huh, patut dia marah gila-gila, maybe dia rasa pengorbanan dia tak dihargai selama ni ye tak?? MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small