Lelaki Ini Jadi Jutawan Dengan kerja Kutip Bola..

Di Tallahassee, Florida, seorang lelaki membuktikkan dia mampu menjadi jutawan dan kini mampu mengumpul kekayaan sebanyak AS$15 juta (RM64 juta) dengan hanya mengutip bola golf.

Walaupun lelaki ni yang dikenali Glenn Berger dah bergelar jutawan tapi kehidupan dia sebelum ni banyak halangan dan cabaran dilalui sebelum berjaya macam sekarang ni.

Alkisahnya bermula kira-kira 14 tahun lalu, Glenn terpaksa mencuri selepas tak ada pekerjaan. Mula-mula tu Glenn ni curi-curi aje bola golf di padang golf dekat rumah dia, selepas tu dia terfikir apa yang dia buat tu tak betul untuk cari duit.

Tercetus idea dia nak menyelam di dasar tasik sekitar padang golf di sekitar Florida semata-mata nak mencari bola golf. Bola golf yang dia dapat tu, dia menjual pada harga serendah AS$1 (RM4.20) sebiji.

Menurut Glenn, selepas dia mulakan perniagaan dia kecil-kecilan tu membawa hasil yang lumayan dan berbaloi. Walaupun nampak benda yang Glenn buat tu mudah tapi dia dah lalui macam-macam halangan yang bahaya dan cabaran semasa menyelam.

Antara halangan dan cabaran yang dia lalui masa menyelam tu ialah ada meja, kereta golf, mesin pemotong rumput, ular, dan yang paling bahaya ialah buaya. Mak aiii, dalam tasik tu penuh dengan barang besar sampaikan kereta golf dicampak dalam tu.

“Saya akan sentiasa memastikan keadaan sekitar kawasan tasik selamat sebelum turun ke dalam air, tapi kadang-kadang saya masih terserempak dengan beberapa ekor buaya yang menghuni tasik di padang golf di Florida.

“Pada suatu tu, saya tiba-tiba terasa tangan saya sudah berada di dalam mulut seekor buaya. Tanpa berlengah, saya melompat keluar dari dalam air,” kata Glenn.

Menakutkan aje! Tersilap langkah jadi ‘santapan’ buaya la, hati-hati ye. Kisah pengalaman Glenn ni boleh la korang buat sumber inspirasi terutamanya buat penganggur yang susah nak dapat kerja..

Tapi ni semua bergantung atas diri korang aje kalau nak maju ke depan.. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small