Lelaki China percaya tengkorak wanita mampu adi ubat mujarab.

Di Jinxian, Beijing, seorang lelaki ditahan polis kerana mencuri tengkorak di tanah perkuburan. Alasannya mempercayai tengkorak wanita kononnya dapat mengubati penyakit mental anaknya.

Ohhh.. Kalau cenggitu nak rawat orang sakit mental ni kena ada tengkorak la noh, dah la dunia ni ramai orang ‘gila’, jenuh nak cari tengkorak wanita aje. Terseksa mayat tu, ‘kepalanya’ dicuri! Huh, mengarut aje lelaki ni!!

Difahamkan, lelaki tu dikenali Fu berusia 40-an dipercayai dok gali kubur di sebuah kampung di Jinxian sejak Julai lalu lagi. Dia akan ambik tengkorak wanita aje yang mati 30 tahun hingga 100 tahun. Baru munjarab kot noh kalau ambik yang dah lama ditanam ni, baru ada ‘power’..

Lepas dia kumpul tu, tengkorak yang dia curi akan dikisar sampai jadi serbuk lepas tu bagi anak dia minum. Tapi perbuatan Fu ni lama-lama diketahui orang kampung gak lepas nampak dia bawak guni dalam keadaan mencurigakan.

Diorang syak tu terus la lapor ke polis. Polis pun terus ambik tindakan selepas diberitahu pasai tu dan menahan Fu. Masa polis check guni yang dibawa Fu, diorang menemui tengkorak.

Fu pun tak banyak berdalih semasa ditangkap dan mengaku dia curi semua tengkorak tu dan bagi alasan nak dijadikan sebagai ubat untuk merawat anak dia.

Menurut Fu, dia mempercayai semua tu sebab seorang pengamal perubatan tradisional bagitau penyakit mental anak dia boleh diubati dengan meminum air serbuk tengkorak wanita.

Elok sangat la percaya dengan bomoh ‘kaki kencing’ tu. Memandai aje bagi cadangan bodoh tu! Fu ada bagitau yang dia dah beberapa kali dok bagi anak dia minum air tu yang kononnya mujarab sangat, rupanya tak ada apa yang berubah pun. Anak dia tetap cenggitu gak..    

Lain kali jangan ‘lurus’ sangat dok percaya bomoh kaki kencing ni, pengamal perubatan la kononnya. Dok suruh orang buat kerja mengarut aje! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2