Lawak Bom atas pesawat, lelaki Thai bakal disaman syarikat penerbangan.

Seorang lelaki yang dikenali Pichit Boondaeng, 23 bergurau tak kena tempat, akhirnya makan diri dia balik apabila ditahan polis kerana buat kenyataan palsu.

Kejadian tu berlaku masa lelaki tu menaiki pesawat penerbangan Thai Lion Air di lapangan terbang Don Muang menuju ke Hatyai baru-baru ni.

Gurauan mamat tu berbau ancaman keselamatan dalam pesawat tu. Dia bergurau masa kru pesawat tu angkut beg penumpang masuk ke ruang penyimpanan, dia kata dalam beg dia mungkin ada bom.

Menurut Ketua polis Don Muang, Surachet Bandit, walaupun Pichit anggap tu bahan dia nak bergurau tapi kru pesawat tak anggap gurauan tu lucu dan terus melaporkan kepada kapten.

Selepas memaklumkan kepada kapten pesawat, kapten tu buat keputusan membatalkan penerbangan dan meminta semua penumpang turun. Sampaikan pasukan pemusnah bom pun dipanggil untuk memeriksa beg lelaki tu.

Tapi tak ada sebarang bom pun yang ditemui. Menyusahkan orang la lelaki ni! Disebabkan penerbangan dibatalkan, syarikat penerbangan tu merancang akan menyaman lelaki tu kerana mengakibatkan kerugian.

Tu baru dari pihak syarikat penerbangan tu, lepas ni lelaki tu akan berdepan dengan hukuman penjara lima tahun dan didenda 200,000 baht (RM24,223).

Hah, padan muka dengan lelaki tu, bala menimpa-nimpa disebabkan gurauan bangang dia tu! Mesti la orang sensitif dan berhati-hati pasal bom-bom ni kan, boleh pulak dia main-main! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2