Kuih lapis nyonya

 ternampak kuih lapis nyonya dalam blog CMG yang sangat cantik berposing, mata dan hati terus meminta nak buat n makan sudah pastinya lah. tapi bila dah sukat tepung tu macam kurang yakin sbb bila tengok tepung ubi dua kali ganda dari sukatan tepung beras…. pas tu google pulak kat resepi kat lain2 blog, semuanya otherwise ie tepung beras mesti lebih dari tepung ubi… so ragu2 jugak la… tapi yakin tak kan CMG tertukar sukatan kot…. dan yg kak rose punya ni dah gaul pun…. so tawakal Allah jer…. Bismillahhirohmannirohim, mudah2an menjadi la hendaknya…

dan Alhamdullilah, turn out cantik n sedap… tak muak kata tukang test rasa…tapi tang kaler tu mmg kak rose kurang sket dengan kaler yang terang2… n doc kata kak rose ni allergic to food coloringkan. so the kaler pun seadanya lah. mekasih ya Mat, mohon kak rose kongsikan resepinya kat sini pulak ya…. kalau nak tengok kuih lapis yang sangat cun tu sila klik link yang kak rose dah bagi tu ya, pasti akan tergoda n nak mencubanya!

BAHAN – BAHANNYA :-)
300 gram tepung ubi
100 gram tepung beras
750 ml santan
250 ml air
230 gram gula pasir
1 helai daun pandan, potong kecil
Secubit garam
Pewarna makanan hijau, merah jambu dan merah
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir dengan air dan daun pandan, biar hingga gula larut, sejukkan kemudian tapis. Campurkan dengan santan dan garam, kacau rata dan ketepikan. Sementara itu dalam mangkuk, satukan tepung ubi dan tepung beras. Kacau rata, tuang bancuhan santan dan kacau hingga rata. Tapis adunan tadi. Ketepikan sekejap.
  2. Panaskan kukus, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang empat segi berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci dengan plastik, dan lanser plastik tadi dengan sedikit minyak makan. Masukkan ke dalam kukus. Api sederhana kuat.
  3. Kacau bancuhan kuih lapis dan bahagi bancuhan kepada 3 bahagian sama banyak. Satu diberi warna hijau. satu warna merah jambu dan satu dibiarkan putih (warna asal). Setiap bahagian tadi dibahagi lagi kepada 3 (maksudnya 3 hijau, 3 merah jambu dan 3 putih) , pastikan sukatan sama banyak (kalau anda timbang, setiap lapisan, bancuhannya lebih kuran 170 gram). Ketepikan.
  4. Untuk lapisan pertama, che mat guna warna putih. Tuang 1 bahagian warna putih dan kukus 5 minit, kemudian tuang pulak warna hijau dan sambung kukus 5 minit lagi, diikuti warna merah jambu. Pastikan lapisan kuih lapis cukup masak sebelum anda menuang adunan baru dan kacau setiap adunan sebelum dituang.
  5. Lakukan berselang- seli, putih, hijau dan merah jambu. Untuk lapisan ke 5 dan seterusnya, kukus selama 7 minit atau hingga masak. Untuk lapisan terakhir iaitu lapisan ke sembilan ialah warna merah. Anda titikkan sedikit warna merah dalam adunan merah jambu (terakhir), kacau rata dan tuang. Kukus 15 minit atau hingga kuih masak. Kemudian buka tudung kukus, dan biarkan 15 minit lagi dengan api yang masih hidup. Matikan api dan biar kuih sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Boleh potong dan hidangkan.

ep2p-5small