Kerajaan Selangor umpama "suami yang mempunyai perempuan simpanan"

Parti Amanah Negara (Amanah) seakan-akan ingin memujuk kembali parti Pas Selangor untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan Selangor kononnya bagi memudahkan lagi urusan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad mencadangkan supaya satu perjanjian kerjasama diadakan antara Pas dan Pakatan Harapan bagi menyelesaikan segala isu berkaitan parti pakatan tersebut. Atau mungkin perjanjian tersebut dibuat bagi membolehkan Pakatan Harapan merampas lapan kerusi disandang Pas di Selangor.

“Persoalan status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara PH dan PAS.

“Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan samada PH Selangor atau PAS Selangor,” katanya.

Khalid berpendapat bahawa keretakan yang berlaku antara Pakatan Harapan dan Pas di Selangor haruslah dibaiki agar tidak berlaku “kerajaan dua gabungan” yang hanya akan memeningkan rakyat. Umpama seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri dan seorang perempuan simpanan.

Apa yang pasti jika situasi ini berlarutan sehingga PRU14, pastinya ia akan memberi kesan kepada pengundi dari penyokong Pas dan Pakatan Harapan.

“Bukan lagi sebagai kerajaan dua gabungan yang satunya rasmi dan satunya tidak. Dikhuatiri ia akhirnya digambarkan bagaikan suami yang mempunyai isteri yang sah dan pada masa sama seorang wanita simpanan,

“Amanah khuatir sekiranya rakyat Selangor naik jemu dengan suasana terumbang-ambing dan tidak jelas yang wujud dewasa ini berhubung kedudukan kerajaan negerinya.Sekiranya suasana ‘politik berjerebu’ ini berterusan sehingga PRU ke 14, dikhuatiri rakyat akan menghukum PH dan juga PAS melalui peti undi,” katanya lagi.

Mungkinkah ini hanya satu taktik bagi merampas kuasa yang dimiliki oleh Pas sekarang ni atau mereka hanya ingin memujuk Pas untuk dipergunakan menjelang PRU14.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2