Kenapa Pemuda DAP tak puas hati dengan Azmin di Selangor?

Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Teo Kok Seong  melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan takuk pemerintahan kerajaan Selangor hanya kerana kerajaan negeri tersebut tidak mengiktiraf secara rasmi gabungan pakatan pembangkang yang baru, Pakatan Harapan.

Hal ini sekaligus menyaksikan bahawa Ketua DAPSY tersebut tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. Kok Seong kecewa kerana Azmin tidak mengangkat ‘darjat’ Pakatan Harapan yang telah menggantikan Pakatan Rakyat.

Kononnya tindakan Azmin tersebut menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak terhutang budi dengan cebisan ahli dari parti PAS sehingga tertubuhnya parti baru iaitu Parti Amanah Negara (Amanah). Kata pemuda DAPSY itu, mereka sepatutnya berbangga kerana Amanah sanggup mengkianati PAS demi mezahirkan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan.

Kok Seong juga katanya sentap sebab Azmin buat tak tahu terhadap keputusan yang diambil oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merestui penubuhan Pakatan Harapan.

“Saya ingin menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan Selangor kerana tidak mengiktiraf penubuhan Pakatan Harapan walaupun penubuhannya direstui Presiden PKR,” katanya.

Azmin dikatakan tidak mahu mengiktiraf pakatan pembangkang baru tersebut kerana kerajaan negeri tersebut lebih menyanjungi usaha Pakatan Rakyat lama yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. Ini kerana pakatan yang sudah terkubur tersebut telan mentadbir dan membangunkan negeri tersebut dengan jayanya.

Maknanya dorang ni taknak terima kehadiran Amanah dalam kerajaan negeri mereka. Apa boleh buat, presiden PKR, PAS serta DAP menerima pendirian Azmin dengan hati terbuka, tetapi pemuda DAPSY ni pulak yang over terlebih nak paksa terima Amanah untuk gantikan PAS. Kena bayar ke??- TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small