Kelab Bolasepak PBAPP jadi "mangsa" Guan Eng?

Sedih apabila kelab bola sepak Perbadan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) terpaksa menarik diri ekoran tiada tajaan kepada kelab terbesar di Pulau Pinang itu.

Untuk makluman, PBAPP boleh dikatakan kelab bola sepak kedua Pulau Pinang selepas Kelab Bola Sepak Pulau Pinang (PFA) yang melahirkan pemain-pemain bola sepak profesional di negeri itu.

Walaubagaimanapun, pengkhabaran yang tidak baik untuk semua peminat bola sepak khususnya peminat bola sepak di Pulau Pinang mengenai berita PBAPP terpaksa menarik diri dalam liga FAM yang bakal berlangsung tidak lama lagi ekoran tidak mempunyai tajaan.

Persoalannya, mengapa kelab PBAPP tidak mempunyai tajaan sedangkan kelab bola sepak itu merupakan agensi kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Perbadanan Bekalan Air (PBA) negeri???

Adakah ini bermaksud kerajaan DAP Pulau Pinang menganaktirikan pemain serta pegawai PBAPP yang terpaksa menarik diri dari liga FAM???

Selain itu, tidak mampukah kerajaan negeri DAP menaja kelab PBAPP yang boleh dikategorikan kelab ‘popular’ bagi sukan bola sepak ini??

Sayang sekali jika kerajaan negeri gagal menaja kelab kedua Pulau Pinang ini yang telah mengharumkan nama negeri itu walaupun tidak pernah memenangi piala-piala besar di negara ini.

Agak hairan apabila kerajaan negeri tidak dapat menaja kelab yang digelar ‘Waterboy’ ini, sedangkan kerajaan negeri sebelum ini menaikkan surcaj air kepada penduduk di negeri itu.

Rasanya tidak salah jika kerajaan negeri mengambil hasil keuntungan yang dikenakan terhadap pengguna PBA di negeri itu untuk menaja kelab kedua Pulau Pinang itu untuk terus kekal berada dalam liga FAM. – Utaranews.com

ep2p-2