Hilang Kerja dan Kekasih Akibat Ketagih Filem Lucah

Dek kerana terlampau ketagih menonton filem lucah, wanita ni kehilangan kerja dan kekasih dia.. Kalau otak ‘kuning’ aje memanjang, sapa yang dapat bertahan kan??

Wanita ni dikenali Izzy Barnet, 29 berasal dari Devon, Uk berkongsi kisah silam dia yang terlampau ketagihan dengan filem lucah sampai kan sanggup tak tidur dan makan. Teruk! Teruk!

Menurut Izzy, dia mula ketagih dengan filem lucah ni bermula pada berusia 22 tahun atas cadangan pakwe dia sendiri. Dia tak sangka tu semua bawa ketagihan kepada dia.

Ketagihan Izzy ni melampau sangat sampaikan dia kehilangan pakwe dia, kerja dan kawan-kawan.. Beban semakin bertambah apabila dia kena menanggung hutang kerana melanggan laman web lucah.

Sebenarnya orang macam Izzy ni ramai aje di luar sana tu, ni salah satu contohnya la ketagihan melampau sampai hilang segalanya! Selepas Izzy dimasukan ke pusat pemulihan, dia telah tinggal semua aktiviti yang tak membawa faedah tu.

“Saya begitu ketagih hinggakan saya terlupa makan dan tidur. Sekarang ini jika difikirkan bagaimana saya boleh menontonnya, saya akan berasa hendak muntah,” Kata Izzy.

Dikatakan keadaan ketagihan dia bertambah teruk selepas dia tertekan digugurkan kelas fotografi di universiti dia belajar, disebabkan tertekan orang boleh ‘gila’. Disebabkan kebodohan dia yang lalu, kini Izzy sendirian…

Dia pun dah insaf tak menonton filem lucah sejak keluar dari pemulihan pada 2013. Dia la ni just berharap untuk mencari cinta sejati. Bagus la dah berubah ye.. MissHana/Utaranews.com

ep2p-2