Guan Eng Penipu Besar! Mungkiri Perjanjian Sulit 2008

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan mendakwa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempunyai satu perjanjian sulit dengan parti mengenai kedudukkannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut Huan, Guan Eng mempunyai satu perjanjian dengan DAP mengenai kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan perkara itu dituntut oleh ahli DAP dalam konvesyen DAP yang berlangsung di Bukit Jambul.

Kata Huan, ahli-ahli DAP yang tidak tahan tahan dengan kepimpinan Guan Eng membocor mengenai perjanjian sulit itu dengan mengedarkan risalah yang mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya menjelaskan mengapa beliau memungkiri perjanjian tersebut.

Huan berkata, dalam risalah itu berbunyi masihkah Guan Eng ingat pada perjanjian yang dibuat pada 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Cafe, mengapa perjanjian itu tidak ditunaikan sebaliknya dikhianati.

“Lim Guan Eng adakah awak masih ingat? 8 Mac 2008 Hotel Hard Rock Cafe Pulau Pinang.Awak rompak jawatan Ketua Menteri seseorang, tetapi ok dan kita buat perjanjian. Tetapi sekarang awak mengkhianati perjanjian itu,” kata Huan yang membaca risalah yang diedarkan oleh ahli-ahli DAP dalam konvesyen parti yang diadakan semalam.

Oleh demikian, Huan menggesa Guan Eng supaya tampil menjelaskan mengenai risalah yang diedarkan oleh ahli-ahli DAP mengenai perjanjian sulit yang pernah dibuat itu.

Selain itu, Huan turut  menggesa Guan Eng menjelaskan mengapa perjanjian itu dibuat kerana perkara itu perlu dijelaskan kepada rakyat khususnya kepada ahli-ahli DAP.

“Jika risalah sebegini boleh diedar oleh ahli DAP sendiri, ada sesuatu yang tidak kena disini. Hanya Guan Eng sahaja boleh memberikan penjelasan perjanjian itu.

“Pentung untuk rakyat tahu apakah perjanjian itu. Guan Eng tidak boleh melarikan diri seperti lazimnya apabila  ditanya soalan. Apakah sebenarnya perjanjian itu/ Pengundi DAP ada hak untuk tahu,” tegasnya.

Benarkah dakwaan Huan bahawa Guan Eng menjadi Ketua Menteri di atas tiket perjanjian sulit?? Jika benar, Guan Eng perlu didesak oleh ahli DAP serta rakyat Pulau Pinang untuk beliau melepaskan jawatan yang disandang.

Lagipun, rakyat sudah jemu dengan kepimpinan Guan Eng yang menjadi abang besar dalam segala hal, sehinggakan rakan-rakan sekutu perlu menuruti arahannya. Jika tidak dituruti arahannya, pasti kumpulan tersebut dihina dan dianggap mahu melawan kuasanya sebagai abang besar di negeri itu. – Utaranews.com

ep2p-2