Guan Eng dan DAP kantoi tarah bukit tanpa kebenaran di P.Pinang

Benarkah DAP sebuah parti yang telus menjalankan tugas pemerintah di negeri Pulau Pinang?? Benarkah mereka tidak rakus mengaut keuntungan sebaik mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang pada  tahun 2008??

Ketua Biro Pengaduan Awam Pemuda Gerakan Jason Loo yang mendapat laporan Audit Negara berhubung penarahan bukit di negeri Pulau Pinang mendedahkan mengenai ketelusan kerajaan DAP bmengenai penarahan bukit di negeri itu.

Menurut Jason, dalam laporan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang, kerajaan negeri memaklumkan hanya 72 lot tanah dinegeri mendapat kelulusan untuk ditarah dan digondolkan, berbanding laporan yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara sebanyak 268 lot.

Justeru itu, Jason menyifatkan kerajaan negeri menipu rakyat kerana hanya memaklum jumlah yang kecil lot tanah diberi kebenaran berbanding jumlah yang sebenar lot tanah ditarah dan digondolkan di negeri itu.

Oleh demikian, Jason menggessa kerajaan negeri tampil menjelaskan mengenai data yang bercanggah itu.

“Namun dalam laporan Audit Negara tahun 2014 siri 3 telah menyatakan terdapat 268 lot penggondolan atau penarahan tanah tanpa kelulusan atau kebenaran dari tahun 2012 hingga 16 Mac tahun ini.

“Mana data yang betul dan tepat? Saya berharap kerajaan negeri yang berprinsipkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dapat menjelaskan perkara ini kepada rakyat,” kata Jason.

Dalam masa sama , Jason turut membangkitkan isu kelulusan pembangunan tanah tinggi yang melebihi 76 meter atau  250 kaki dari aras laut yang diluluskan oleh kerajaan negeri.

Jason berkata, sudah termaktuk dalam akta pembangunan bahawa tiada kelulusan untuk melakukan sebarang projek pembangunan di aras terbabit, namun kerajaan negeri memberi kelulusan untuk dinaikan sebuah bangunan.

Oleh itu, Jason menyifatkan kerajaan negeri tidak telus menjalankan kerja dan hanya mementingkan kronisme dalam pembangunan apabila memberi kelulusan untuk projek dijalankan di aras yang tidak dibenarkan.

“Tiada pembangunan boleh dilakukan pada kawasan yang melebihi ketinggian 76 meter dari aras laut yang telah termaktub dalam pelan pembangunan Pulau Pinang tetapi Chow sendiri memberitahu terdapat 56 lot tanah diberi kelulusan sejak 2008?

“Jawapan Chow ini jelas menunjukkan wujud ketidaktelusan dalam jawapan Ketua Menteri Lim Guan Eng tiga tahun lalu apabila menegaskan tiada sebarang kelulusan diberi kerajaan negeri bagi pembangunan di kawasan yang melebihi ketinggian 76 meter di negeri ini,” katanya.

Ini jelas menunjukkan Guan Eng dan DAP Pulau Pinang kantoi berhubung kelulusan penarahan bukit di Pulau Pinang apabila laporan yang dikeluarkan kerajaan negeri bercanggah dengan laporan Audit Negara.- Utaranews.com

ep2p-2