Guan Eng angkuh dan sombong terhadap Melayu.. – MCA

Tidak habis-habis dengan perangai suka mencari pasal dengan parti lain, kalau baru-baru ini parti PAS menjadi mengsa pengkhianatan DAP, dan yang paling latest sekali kini DAP cari pasal pula dengan parti PKR. Pokoknya semua parti dia cari gaduh cuma yang belum adalah parti serpihan PAS, iaitu Amanah.

Menurut Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon, sudah nampak pepecahan berlaku diantara kerjasama PKR dan DAP. Kepincangan diantara mereka bermula apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak melemparkan tuduhan terhadap lima wakil rakyat PKR.

Guan Eng mendakwa bahawa lima wakil rakyat PKR terbabit menjadi musuh dalam selimut kerana dalam diam mereka ‘bersama dengan Umno’. Oleh disebabkan tidak tahan dengan tuduhan liar tersebut, PKR melahirkan rasa ketidak puasan hati mereka terhadap sikap Guan Eng dan pemerintahannya kerana membuat tuduhan secara melulu.

“Kita nampak sangat retakan dan perpecahan dalam Pakatan Harapan selepas pergaduhan DAP dan Pas sekarang PKR juga menunjukkan tidak puas hati mereka,” katanya.

Sin Woon juga berpendapat bahawa timbalan presiden DAP tersebut dilihat semakin besar kepala dan angkuh, mungkin kerana merasakan bahawa dirinya kini semakin berkuasa sehingga tiada seorang pun yang boleh memberi kritikan dank omen terhadapnya.

“Sudah ada di depan mata kita bagaimana keangkuhan Lim Guan Eng dan menjadikan dia seorang yang tidak boleh menerima sebarang komen termasuk di Pulau Pinang,” katanya lagi.

Guan Eng dikatakan angkuh dan sombong kerana dia enggan untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut oleh Angkatan Muda PKR Pulau Pinang atas kesalahan membuat pertuduhan secara melulu kepada lima wakil rakyat PKR terbabit.

Baru nak tahu ke yang Guan Eng ni sombong?? Rasa dirinya hebat mengalahkan orang lain. Tegur sikit dah nak melenting, mungkin dia fikir ramai orang akan back up, tapi dia lupa yang ramai orang dah muak dan meluat dengan perangai dia.– TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2