Gelagat "sengal" orang Malaysia bila ada promosi jualan murah.

Tak kira la orang tu mai dari ceruk mana pun, dari hulu ke atau bandar ke pantang dengar aje pasai ada promosi ni kat mana-mana. Kaki tu laju aje tekan minyak kereta pecut pi kat tempat tu, kan??

Tak kisah la promosi baju, kasut, beg tangan ataupun makanan ke mesti penuh punya kat tempat tu. Pakat dok ramai-ramai pi serbu nak berebut sapa dapat dulu. Macam sebelum ni la, Vincci buat sales gile-gila, penuh orang dok tunggu dari pagi sampaikan ada yang sanggup panjat tembok tinggi nak masuk.

Tu la penangan kalau ada promosi gila-gila, orang pun boleh jadi gila. Hhihhhiii..  Ni korang tengok la sendiri bila Seven Eleven buat promosi slurpee RM 2.90 bawa bekas sendiri..

Pakat mai serbu bawa bekas sendiri, macam-macam bentuk ada. Tengok ada yang siap bawa periuk nasi, ‘iron man’ pun ada siap bawa anak lagi, bekas air besar, pinggan pun ada dan banyak la lagi..

Yang paling Miss tak faham tu seorang mamat ni bawa pistol air, nak isi slurpee tu nak main tembak-tembak kot noh?? Kalau budak kecik yang bawa Miss tak kisah, ni yang tua bangka pulak yang melebih-lebih. Hhihhiihhiii..

Macam-macam la gelagat orang la ni noh, kadang-kadang menghiburkan dan ada masa tu menyampah pun ada… MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small