Gambar Gina "Skandal" Najib jadi bualan penyokong Pakatan.

Inilah jadinya apabila budak-budak yang tak tahu apa-apa dan kurang membaca, sibuk mahu berpolitik dan mengutuk kerajaan.

Sekeping gambar Perdana Menteri bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa atau lebih mesra dengan panggilan Gina yang dimuatnaik kedalam laman Facebook rasmi DS Najib, telah disalah ertikan oleh penyokong Pakatan.

Tanpa menyedari bahawa Gina itu adalah anak perempuan DS Najib, kebanyakan penyokong Pakatan menganggap Gina adalah “skandal” Perdana Menteri dan ramai juga yang sinis menyindir perbuatan Najib yang bermesra dengan anaknya itu.

Kelakuan penyokong Pakatan yang sangat kebudak-budakan dan sangat memalukan ini membuktikan bahawa mereka tak tahu apa-apa mengenai pemimpin negara. Tak hairan lah dengan ilmu yang sangat cetek sebegitu, kumpulan tersebut mudah ditipu oleh pembangkang.

Jika ilmu pengetahuan yang sebegini mudah pun tak mampu dikuasai oleh kebanyakan anak muda yang menyokong pembangkang, apakah mereka mampu menguasai fakta-fakta serta analisis isu yang lebih berat seperti 1MDB?

Kalau anak Perdana Menteri sendiri pun penyokong Pakatan tidak kenal, amat mustahil untuk mereka tahu hal-hal lain mengenai negara khususnya perkara-perkara yang membabitkan ekonomi serta hal-hal pentadbiran.

Patutlah mereka-mereka ini sentiasa mampu diperalatkan oleh media serta pemimpin pembangkang.., rupanya tahap kewarasan dan kemampuan untuk mereka berfikir sangat terbatas. Kasihann… – Big B/Utaranews.com

ep2p-5small