Ezad Lazim tetap bertahan di Gegar Vaganza walaupun tekak berdarah.

Perkara seperti ini memang sering berlaku pada kebanyakkan penyanyi waktu di program nyanyi.. Tak sakit tekak, kena demam atau sakit pada hari persembahan.. Macam mana sakit pun, peserta atau penyanyi perlu memberikan aksi yang mantap..

Itulah yang berlaku pada penyanyi Ezad Lazim ketika di konsert Gegar Vaganza.. Ezad alami masalah sakit tekak sehingga berdarah.. Tapi, disebabkan tanggungjawab Ezad tetap akan meneruskan nyanyiannya di konsert Gegar Vaganza..

Tekak berdarah memang sakit, kita kalau pedih tekak pun dah sakit inikan pulak dah berdarah.. Patutnya dapat banyak rehat atau kurang bercakap.. Tapi,Ezad kena pulak menyanyi waktu tekak tengah sakit..

Sedikit sebanyak perkara ini akan menganggu dirinya.. Bagi Ezad apa yang berlaku padanya adalah satu ujian kecil..

“Memang sedikit sebanyak menganggu juga, namun syukur minggu ini latihan dikurangkan dan dapat juga saya berehat. Saya anggap ini satu ujian kecil agar saya lebih berhati-hati dalam menjaga ketahanan badan dan juga kesihatan diri.

“Selepas persembahan Datuk Khaty ada berjumpa dan memberi cadangan supaya berjumpa dengan seorang doktor kenalannya. Ini kerana doktor tersebut berjaya mengubat penyanyi yang ada masalah.

Semalam baru saya dapat berjumpa dan diberi suntikan serta rawatan selain banyak ubat yang perlu saya makan. Doakan kesihatan yang terbaik dari Allah untuk saya dan semua,” jelas Ezad Lazim..

Tak sabar rasanya Miss A nak tengok persembahan Ezad pada Ahad minggu ini.. Tak silap Miss A dia bakal menyanyikan lagu ‘Nakal’.. Walaupun tekak berdarah persembahan yang ditonjolkan memang tak menghampakan.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small