Ejen Insurans Ambil Kesempatan Atas Kematian Yus Jambu.

Hari ni dalam dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian seorang pelawak yang terkenal dikenali Yus jambu raja lawak. Arwah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Selayang selepas sesak nafas.

Arwah disemadikan di kampugnya di Perlis. Pemergian mengejut tu buat ramai yang terkejut dan sedih dengan pemergian pelawak tu pergi secara tiba-tiba tapi dah ajal kan..

Dalam kesedihan ni ada pulak dok ambik kesempatan nak berniaga. Muncul seorang mamat sengal dok sibuk promosi insurans dia jual. Bengong betul mamat ni kan! Dah la dok promote tu sambil kait dengan orang yang dah tak ada.

Miss baca ni pun rasa bengang aje dengan mamat Yuzaidi ni, mau dihentuk-hentuk kepala tu kat dinding aje! Tak hormati langsung dengan arwah, nak promote pun agak-gak la. Arwah tu baru aje disemadikan tau tak??

Lepas mamat ni dimuatnaik status dia cenggini ramai yang hentam dia balik! Yola nak berniaga tak kena masanya. Lagi satu kait dengan orang baru aje pergi buat selama-lamanya pula, sapa tak marah kan! – MissHana/Utaranews.com

ep2p-2