Dua lelaki cina maki pegawai MBPP kena hukuman setimpal.

Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman terhadap dua lelaki yang memaki hamun dan melempar wang kepada anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bulan lalu.

Tertuduh, Bok Kwong Shen, 25, dijatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM5,200. Rakannya, Leong Wai Loon, 19, dijatuhkan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 150 jam dan turut dikenakan denda RM100.

Kedua-duanya kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan Majistret Sharifah Izura Syed Mashor. Dua tertuduh berkenaan diwakili peguam Tan Guat Cheng dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkifli.

Oktober lalu, dua lelaki berkenaan melakukan kekasaran lisan kepada penguatkuasa MBPP yang bertindak mengunci tayar kenderaan mereka. Rakaman aksi dua lelaki berkenaan kemudiannya menjadi viral di media sosial.

Seluruh masyarakat kemudiannya mengecam perbuatan lelaki berkenaan yang biadap menggelar pegawai MBPP tersebut sebagai anjing.

ep2p-5small