DEEPAVALI : Semua Kaum Perlu Terima Perbezaan, Nafikan Perpecahan – Presiden MCA

Perayaan DEEPAVALI disambut meriah dalam keadaan harmoni oleh kaum India di Malaysia hari ini. Siang tadi, Rumah Terbuka Deepavali telah diadakan di pekarangan tapak pelancongan terkenal Batu Caves.
Majlis yang dianjurkan MIC siang tadi telah dihadiri YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut kelihatan pada majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Sepanjang majlis berkenaan, para tetamu telah disajikan dengan pelbagai persembahan serta makanan tradisional kaum India sepeti Aloo Gobi, Inji Puli, Vadal dan Prathaman.
Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai turut mengambil kesempatan dihari baik Pesta Cahaya kaum India dengan mengharapkan setiap kaum perlu menghormati antara satu sama lain dan menolak perpecahan kaum. Biarpun berbangsa Cina, Datuk Sri Liow mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia terletak kepada perpaduan yang erat antara kaum.
“Setiap masyarakat perlu bersyukur kerana dapat menyambut pelbagai perayaan dan tradisi berwarna-warni dengan aman dan damai” jelas Liow lagi dalam satu kenyataan media.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan mengingatkan semua pengguna jalan raya memandu dengan selamat semasa musim perayaan ini dan sentiasa ingat akan keluarga tercinta.
Kita di Malaysia bila tiba sahaj musim perayaan pasti disambut dengan meriah..tidak kira Melayu, Cina, India, Kristian mahupun perayaan bangsa lain ia tetap disambut meriah tanpa mengira agama dan bangsa..
Ini keistimewaan yang ada di Malaysia dan perlu dikekalkan budaya dan tradisi ini supaya ia terus menjadi identiti negara kita dan sebahagian daripada tarikan pelancong luar..jika orang luar teruja dengan keunikan negara kita mengapa tidak kita?
Selamat Menyambut Hari Deepavali!

ep2p-5small