Datin mengamuk ditipu SETAN dalam Instagram

Kes pengguna atau pelanggan ditipu semasa dalam proses pembelian barang secara online memang dah berlaku sudah lama.. Cuma semenjak dua menjak, kes ini semakin menjadi-jadi, disebabkan peniaga online yang bersifat tamak dan nak cepat kaya.. Pengguna online yang tak bersalah dah menjadi mangsa..

Mungkin bagi peniaga online yang menipu, tindakannya yang salah ini tidak akan dapat ditanggap oleh pihak polis.. Lagipun, kalau kita ditipu.. Memang tak boleh nak buat apa.. Duit dah bank in barang tak sampai.. Apa lagi boleh buat.. Memang selalunya duit lesap macam tu jelah..

Nampaknya Datin Nina Juren telah pun jadi mangsa peniaga online di Instagram.. Mungkin geram dengan peniaga itu, Nina telah memuatnaik gambar perbualan mereka menerusi applikasi WhatApp dia Instagramnya..

Macam-macam alasan peniaga tu untuk penutup  penipuan yang telah dilakukan.. Geram punya pasal Nina dah gelar peniaga itu sebagai ‘setan’..

Isu peniaga online yang menipu pembeli memang tak dapat dibendung.. Kadang-kadang disebabkan orang macam ni, pelanggan pun dah takut untuk membeli barang secara online..

Kalau korang nak beli secara online tu, Miss A nasihatkan harus berhati-hati.. Siasat dulu latar belakang peniaga.. Kalau rasa ragu-ragu jangan buat urus niaga dengan mereka.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2