DAP tak payah nak ajar PAS cara berpolitik! – Dewan Pemuda PAS Selangor

Siapa tak tercabar kalau dengar kenyataan berlagak bagus dari DAP yang kononnya mahu mengajar Pas dan membimbing tentang hal ehwal politik. Ditambah pula dengan gesakan memaksa memecat Exco Pas Selangor. Fuhhhhh mesti darah naik atas kepala.

Disebabkan itu, Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Syarhan Humaizi Abdul Halim memberi amaran kepada DAP supaya tidak perlu menyekolahkan Pas kerana mereka bukan parti budak-budak. DAP juga harus terima hakikat bahawa kerajaan PKR Selangor, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tidak mahu menurut  kemahunan DAP sebaliknya mahukan ketiga-tiga Exco Pas terus kekal.

“Jangan cuba nak ajar politik kepada Pas. Macamlah kita (Pas) tidak tahu apa-apa tentang politik. Apa yang ada (kerajaan negeri) di Selangor adalah atas persetujuan bersama pakatan pembangkang.

“Sudah banyak kali Menteri Besar sebut perkara ini. Tolong hormati dia (Mohamed Azmin),” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong memberi cadangan berupa arahan kepada Azmin supaya memecat wakil rakyat Pas dalam pentadbiran negeri Selangor. DAP dilihat terlalu mengikut perasaan ekoran dari pergaduhan DAP dan Pas mengenai Hudud. Tindakan mereka ini juga membuktikan bahawa parti tersebut gila kuasa.

Bukan setakat Azmin sahaja yang mengabaikan permintaan tidak masuk akal DAP, tetapi Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad juga hanya memandang desakan itu sebelah mata sahaja. Melihat dari perangai DAP yang kebudak budakan ini, rakyat dilihat semakin muak dengan setiap kenyataan dan tindakan politik yang dilakukan DAP.

Sudah la penting diri sendiri, gila kuasa, lepas tu suka pula bagi arahan ikut sedap mulut. Buat macam dorang tu besar sangat nak bagi arahan sesuka hati. Parti sendiri pun sekolah tak habis kemuadian ada hati pula nak sekolahkan parti orang ye.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2