DAP tak izinkan Tony Pua letak jawatan dalam PAC

DAP hari ini menghalang Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dari melepaskan jawatannya dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hanya semata-mata untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Oleh demikian, DAP akan mencari seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan untuk menggantikan Pua dalam pedebatan mengenai 1MDB yang akan disiarkan secara langsung pada Jumaat ini.

“Saya harap perdebatan ini akan diteruskan mengikuta jadual pada Jumaat 9 malam ini di platform yang sudah diputuskan.

“Kami akan berbincang dengan rakan-rakan kami dan seorang Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan berada disana untuk berdebat dengan Arul,” kata Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Kenapa DAP halang Pua untuk berdebat?? Bukankah Pua ini hebat dalam perdebatan sehingga sanggup mencabar orang untuk berdebat dengannya??

Adakah DAP mahu Pua berada dalam PAC untuk terus memutar belitkan fakta mengenai syarikat 1MDB?? Jika tidak biarkan sahaja Pua melepaskan jawatannya dalam PAC dan biarkan Pua menunjukkan kejantannya untuk berdebat dengan Arul.

Ahli Parlimen Seremban DAP itu yang mengulas lebih lanjut berkata, perdebatan yang ingin diadakan hanya satu lakonan kerajaan yang ditayangkan kepada rakyat kerana sudah menyangka Pua perlu melepaskan jawatan dalam PAC sekiranya mahu berdebat dengan presiden 1MDB.

“Sudah ada menteri menawarkan studio dan mengatakan mereka tiada sebarang bantahan. Tetapi, kerajaan tahu, speaker akhirnya akan membuat keputusan seperti ini Ia seperti jalan keluar untuk mereka,” katanya.

Sudah menjadi makanan harian pemimpin DAP untuk menuduh kerajaan dengan bermacam-macam alasan… Tidakkah pemimpin DAP tahu peraturan yang telah ditetapkan untuk mengadakan perdebatan?? Jadi usahlah menuding jari kepada pihak lain.

Jika pemimpin DAP berani, benarkan Pua melepaskan jawatan dan biarkan Pua berdebat dengan Arul kerana ini merupakan cabaran yang dilakukan oleh Pua sendiri. – Utaranews.com

ep2p-5small