DAP Selangor larang PAS berkerjasama dengan UMNO.

DAP yang mendesak Mohamed Azmin Ali supaya mengisytiharkan kerajaan Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini menerima cadangan Azmin untuk menerima Pas bersama parti gabungan pembangkang baharu itu asalkan Menteri Besar Selangor itu mengisytihar Selangor sebagai sebuah kerajaan PH.

Tetapi, dalam masa sama, DAP menetapkan syarat Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno jika mahu bersama PH.

“Kalau ada rakan-rakan Pas yang ikhlas dan berjanji akan menentang kezaliman Umno habis-habisan dan tidak ingin menjadi penasihat kepada Umno maka tiada masalah untuk terus kekal dalam Pakatan Harapan.

“Saya ada kata juga, kerajaan Pakatan Harapan Selangor haruslah bersifat terbuka sekiranya ada Adun Pas yang menyokong agenda perjuangan Pakatan Harapan dan tidak ingin bekerjasama dengan Umno,” kata Penolong Bendahari DAP Selangor, Lau Weng San.

Mengapa tiba-tiba DAP dapat menerima Pas untuk bersama PH?? adakah DAP sudah goyang apabila Pas telah mengatakan Pas kini bersedia bekerjasama dengan Umno selepas disingkirkan dari gabungan parti pembangkang??

Atau ini merupakan satu perangkap kepada Azmin supaya mengisytiharkan negeri Selangor sebagai kerajaan PH dan apabila diisytiharkan begitu DAP akan menendang Pas dari kerajaan Selangor kerana Pas tidak menyertai PH??

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku itu, Azmin perlu mengisytihar Selangor sebagai sebuah kerajaan PH kerana kerajaan PH telah disertai parti baharu Amanah berbanding kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya disertai PKR, DAP dan Pas.

Weng San berkata, bagi melancarkan urusan kerajaan negeri Selangor, Azmin perlu segera mengisytihar Selangor sebagai negeri PH kerana terdapat pemimpin Amanah di dalam kedudukan kerajaan negeri.

“Sesuatu kerja tidak akan lancar kalau namanya tidak betul. Sebab itu pengiktirafan sewajarnya harus diberikan kepada Pakatan Harapan dan Amanah.

“Tidak wajar kata Pakatan Harapan tidak wujud di Selangor kerana kerajaan negeri kini dipimpin oleh PKR, DAP, Amanah dan Pas. PKR, DAP dan Amanah pula bergabung di bawah Pakatan Harapan,” katanya.

Perlu ke nak isytihar kerajaan Selangor sebagai kerajaan PH hanya semata-mata mahu memberi penghargaan kepada Amanah yang telah memecah-belahkan Pas??

Rasanya Azmin tidak perlu mengisytiharkan kerajaan Selangor sebagai kerajaan PH kerana pasti ini merupakan perangkap DAP untuk menyingkirkan Pas di negeri itu. Siapa tak tahu pemimpin DAP ini gilakan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menguasinya.- Utaranews.com

ep2p-2