DAP P.Pinang sokong LGBT.. Mahu Polis "layan istimewa" Mak Nyah dalam lokap.

DAP Pulau Pinang mahu polis memberi layanan istimewa kepada golongan ‘mak nyah’ dengan menyediakan lokap khas kepada golongan tersebut.

Perkara itu dicadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Padang Lalang, Chong Eng yang mahu golongan ‘mak nyah’ ini diberikan satu lokap khas bagi menangani masalah dibuli ketika berada di dalam lokap.

Ching Eng yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Pulau Pinang berkata, satu perundangan perlu dikeluarkan kepada pihak polis bagi mereka mengasingkan tahanan ‘mak nyah’ yang ditempatkan bersama lokap lelaki sebelum ini.

“Kalau transgender terutama lelaki berlagak seperti perempuan dan memakai pakaian perempuan ditempatkan di di lokap, mereka juga harus diasingkan seperti diamalkan sekarang… hanya tidak ada undang-undang saja.

“Ada polis yang menyatakan tidak adak undang-undang mengenainya… ia lebih bergantung kepada sesiapa yang mengendalikan kes, bagaimana anda menguruskan transgender,” kata Exco Pulau Pinang itu.

Beginilah jadinya jika pemimpin DAP yang mahu mencampuri undang-undang yang telah ditetapkan. Mereka mahu golongan ‘mak nyah’ ini diasingkan dari lokap lelaki jika ditangkap.

Pemimpin DAP ini tidak tahukah jantina asal seorang ‘mak nyah’?? mengapa perlu diasingkan dari lokap lelaki kalau sememangnya jantina mereka adalah lelaki?? Adakah pemimpin DAP menyokong LGBT sehingga mahu kerajaan menyediakan lokap asing kepada golongan ini??

Rasanya, pihak polis tidak perlu mengasingkan lokap kepada mereka yang tidak mengenali asal-usul jantina mereka ini dan layan seperti ini tidak perlu dilayan kerana akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.-Utaranews.com

ep2p-5small