DAP mengaku perintah Pulau Pinang berlandaskan Prinsip Islam.

Akibat tidak mahu mengaku kalah dengan parti Pas soal pertelingkahan mengenai isu hukum Hudud, kerajaan DAP Pulau Pinang mendakwa bahawa mereka menolak perlaksanaan hukum hudud, namun tetap meneruskan pemerintahan berlandaskan prinsip Islam.

Aikkkkk… Macam mana tue?? Hukum hudud taknak laksanakan tetapi mengaku memerintah berlandaskan prinsip Islam. Biar betul kerajaan DAP ni… Kaki putar belit betul la! Kalau dah tak sokong perlaksanaan hudud itu maknanya bukan memerintah cara Islam laaa.

DAP Pulau Pinang mengaku kononnya telah memasukkan rangka kerja yang berlandaskan prinsip Islam sebagai pegangan dalam memerintah negeri tersebut. Tapi pelik sebab beriya-iya menolak perlaksanaan undang-undang hudud. Cakap tak serupa bikin!

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari berkata, bukti kerajaan mereka memerintah cara Islam dapat dilihat melalui kejayaan mereka membanteras kegiatan rasuah dan kerajaan situ berjaya mengamalkan sistem tander terbuka.

“Seperti di Pulau Pinang, kita (DAP) tidak melaksanakan hudud tetapi rangka kerja undang-undang Islam itu ada.

“(Malah) di Pulau Pinang mengamalkan tender terbuka dan membuat pendedahan aset kerajaan negeri dan menghalang kegiatan rasuah. Saya rasa kita lakukan perkara ini dengan baik dan ini juga saya rasa Pakatan Harapan cuba tawarkan kepada rakyat,” katanya.

Rupa-rupanya, motif sebenar kenapa DAP menolak hukum hudud adalah disebabkan perlaksanaan undang-undang tersebut di bawa oleh Pas. Apa-apa sahaja yang di bawa oleh Pas mereka akan menentang habis-habisan. Ohhhhh patut lah sampai DAP pecat semua JKKK Pas di Pulau Pinang. Eshhhhhh buruknya perangaiiii!

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu juga menuduh bahawa perlaksanaan hukum hudud tersebut mahu dilaksanaan atas sebab untuk dijadikan boneka politik semata-mata dan bukannya atas dasar agama itu sendiri.

“DAP nampak hudud sebagai isu politik, malah dari segi agama DAP tidak mempertikai hukum hudud, tetapi kita pertikai ialah cara Pas nak melaksanakan hudud, enakmen sendiri bermasalah.

“Dalam suasana di mana perbincangan dan wacana mengenai hudud tidak boleh dibuat dengan cara logik, macam mana kita nak laksanakan hudud ini,” katanya.

Eeshhhhh pelik! DAP ni sebenarnya takut Pas akan mendapat pengaruh lebih daripada mereka jika Pas berjaya melaksanakan hukum hudud. Sebab itu la mereka menentang habis-habisan.. Lepas tu boleh pulak mengaku yang dorang memerintah berlandaskan prinsip Islam. Puihhhh!- TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2