DAP jadikan orang Islam sebagai boneka politik.

Selama ini DAP tergamak untuk menggunakan taktik kotor semata-mata nak meraih keuntungan diri sendiri. Taktik jahat yang digunakan oleh DAP adalah dengan memperjudikan orang Islam dan memperalatkan mereka sebagai satu boneka untuk mainan politik.

Hal ini didedahkan oleh ahli PAS sendiri, Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim. Beliau menegaskan perkara tersebut dan mendakwa DAP mempergunakan orang Islam untuk kepentingan politik parti tersebut semata-mata.

DAP hanya memberi arahan kepada kesemua parti kompenan yang lain supaya menguasai sesebuah negeri. Kemudian DAP hanya akan membolot bilangan kerusi untuk dikuasai.. Kesemua parti komponen yang lain harus mengikut segala telunjuk DAP tanpa sebarang bantahan.

“Selain kerusi mereka atau kerusi pihak yang taat pada mereka, DAP tidak kisah jika UMNO atau BN yang menang asalkan apapun pakatan politik, mereka yang paling banyak kerusi dan berkuasa.
“Jika ada negeri yang berjaya tewaskan BN. Maka DAP yang perlu berkuasa dan boleh tentukan itu dan ini, begitu dan begini. Parti komponen kena ikut kehendak mereka,” kata Amzad.

Corak kepimpinan DAP yang kejam itu hanya akan memburukkan lagi perpaduan dan kerjasama diantara kaum yang telah lama terjalin di negara ini. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat juga tercalar dek impian dan angan-angan DAP yang hanya membolot dan dikuasai oleh parti itu sahaja.

Ini kerana DAP dilihat terlalu taksub mendukung dan mengangkat Parti Amanah Negara (Amanah), dan menjadikan mereka sebagai satu bala tentera untuk menyerang parti Islam, PAS dan Umno. Tindak tanduk DAP menunjukkan bahawa mereka hanya mahu mempergunakan Amanah untuk menentang Islam sendiri.

“Jika DAP terlalu bersungguh dengan dokongannya kepada Parti Amanah Negara (Amanah), orang Melayu dengan segera dapat membaca bahawa dengan memecahkan undi orang Melayu, DAP sebenarnya mahu menggagalkan kemaraan Pas agar bilangan kerusi mereka yang paling besar.

“Jika PAS tidak menang, adakah PAN yang akan menang jika berlaku tiga penjuru dengan UMNO? DAP pun tahu tidak mungkin. Maknanya DAP mahu UMNO yang menang,” jelasnya.

Malah bukan Amanah sahaja yang diperolokkan oleh DAP, parti PKR juga turut terjerat ke dalam lembah politik gelojoh DAP. Tapi PKR tidak menyedari perkara ini kerana mereka merasakan bahawa DAP memberi keutamaan walhal DAP hanya tunggu masa untuk bertindak. –TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small